ZII Jia, dilihat hilang arah dengan memberi tujuh mata berturut-berturut sebelum lawan berjaya mengikat kedudukan 20 sama di set kedua. FOTO NSTP
ZII Jia, dilihat hilang arah dengan memberi tujuh mata berturut-berturut sebelum lawan berjaya mengikat kedudukan 20 sama di set kedua. FOTO NSTP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Apa sudah jadi dengan pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang tersungkur seawal pusingan pertama kepada pemain India yang berada di ranking jauh lebih rendah daripadanya, Sammer Verma.

Wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki yang kini berkedudukan ranking ke-10 dunia itu tunduk 21-18, 25-27, 19-21 kepada Verma yang berada di ranking ke-31 dunia selepas bertarung selama satu jam 14 minit.

Ketika perlawanan seakan memihak kepadanya terutama ketika pemain berasal dari Kedah itu mendahului 18-10, Zii Jia seakan hilang rentak dan kelalaian memakan dirinya apabila kemenangan set kedua memihak kepada Verma.

Zii Jia, dilihat hilang arah dengan memberi tujuh mata berturut-berturut sebelum lawan berjaya mengikat kedudukan 20 sama.

Namun bagi ketua jurulatih lelaki negara, Hendrawan, beliau optimis kemampuan Zii Jia dan selepas beraksi di dua kejohanan itu, beliau menyifatkan bahawa pemain negara itu masih belum mencapai tahap permainan yang maksimum.

"Kita harus akui prestasi Zii Jia belum sampai ke tahap kemuncak terutama dalam hal untuk mengawal tekanan ketika dalam perlawanan yang sukar.

"Zii Jia dilihat seperti masih ragu-ragu mengatur strategi antara perlawanan rali dan serangan," katanya.

Bagaimanapun rekod pertemuan membabitkan dua pemain itu masih berpihak kepada Zii Jia 4-2.

Justeru Hendrawan berkata, Zii Jia selepas ini harus bangkit dan mengubah strategi dengan menambah atau menukar cara permainan berikutan lawan sudah dapat membaca corak permainannya.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina S Kisona mara ke pusingan kedua selepas menang mudah ke atas wakil Mesir, Doha Hany, 21-10, 21-7.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 5:31 PM