Pelumba Racing Point, Lance Stroll. FOTO Agensi
Pelumba Racing Point, Lance Stroll. FOTO Agensi
AFP

Portimao, Portugal: Lance Stroll mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian Covid-19 selepas mengalami masalah kesihatan di Grand Prix (GP) Eifel, awal bulan ini.

Pelumba Kanada yang kembali bersaing bersama pasukan Racing Point yang dimiliki bapanya, Lawrence Stroll di GP Portugal hujung minggu ini, menjelaskan dia menghubungi doktor peribadinya di Switzerland, dari Nurburgring dan dimaklumkan dia tidak mempunyai simptom Covid-19 tetapi harus menjalani pengasingan diri.

Stroll berkata nasihat itu meyakinkannya untuk meneruskan rutin dan tidak mengambil ujian tambahan sebelum dia tiba di rumahnya di Switzerland pada malam Ahad - selepas ketinggalan dalam kelayakan dan perlumbaan - ketika dia disahkan positif Covid-19.

"Saya mengharungi minggu itu, diuji negatif dan mendapat kebenaran untuk berlumba," katanya.

"Jadual ujian saya yang seterusnya adalah pada sebelah petang pada penghujung minggu itu - saya kekal pada perancangan, dengan kesimpulan daripada bercakap dengan doktor saya.

"Saya bangun pada pagi Sabtu dan saya mengalami sakit perut yang sangat teruk, jadi saya tidak cergas untuk memandu pada pagi Sabtu. Saya mengambil keputusan untuk tidak berada di trek dan bercakap dengan doktor saya.

"Saya mempunyai simptom sama selepas Russia, masalah perut dan saya diuji negatif dua kali selepas GP Russia. Ia adalah isu sama yang saya lalui pada pagi Sabtu, jadi saya bercakap dengan doktor saya dan dia menasihatkan kepada saya untuk mengasingkan diri.

"Dia memberitahu saya tiada simptom Covid. Saya tidak batuk, saya tidak mengalami demam. Saya tidak rasa sakit kepala, saya hanya mengalami kesakitan pada perut.

"Saya pulang ke rumah hari berikutnya pada Ahad dan menjalani ujian yang selalu saya lakukan selepas perlumbaan hujung minggu dan ia adalah positif."

Ketua pasukan Racing Point, Otma Szafnauer mendakwa Stroll terlepas kelayakan dan perlumbaan kerana sakit perut serta pelumba itu mungkin mengalami tanda-tanda seperti selsema.

Rakan sepasukan Stroll, Sergio Perez diuji positif Covid-19 pada Julai apabila dia terlepas kedua-dua perlumbaan di Silverstone.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 12:27 PM