RUSSELL berpeluang cerah untuk beraksi di GP Abu Dhabi minggu depan. FOTO AFP
RUSSELL berpeluang cerah untuk beraksi di GP Abu Dhabi minggu depan. FOTO AFP
AFP

Manama: Juara Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, yang disahkan dijangkiti Covid-19 minggu ini, bergelut dengan masalah kesihatan dan masih belum pasti dapat turun beraksi untuk perlumbaan penutup musim ini di Grand Prix (GP) Abu Dhabi.

Menurut prinsipal Mercedes, Toto Wolff, juara dunia tujuh kali itu yang meraih kemenangan di GP Bahrain hujung minggu lalu tidak dan tidak dapat beraksi di GP Sakhir mempunyai simptom sederhana.

Pelumba berusia 35 tahun itu sekarang dalam proses kuarantin selama 10 hari mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Dia tidak berada dalam keadaan baik. Covid-19 tidak boleh dipandang ringan dan dia kini dijaga rapi.

"Itu yang paling penting," kata Wolff selepas pengganti Hamilton, George Russel mencatat pusingan terpantas pada sesi latihan awal.

Hamilton adalah pemandu ketiga tahun ini terlepas perlumbaan akibat Covid-19, selepas gandingan Racing Point Sergio Perez dan Lance Stroll.

Jika masih gagal untuk sembuh, Russell dikatakan berada dalam keadaan terbaik menggunakan kesempatan itu selepas berjaya mengetepikan Bottas dalam sesi latihan bebas semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 10:56 AM