Messi boleh bergandingan semula dengan Guardiola (kanan) jika City berjaya mendapatkan khidmat bintang Argentina itu.
Messi boleh bergandingan semula dengan Guardiola (kanan) jika City berjaya mendapatkan khidmat bintang Argentina itu.
Agensi

LA Liga mengeluarkan kenyataan mengesahkan klausa pelepasan £632 juta (RM3.514 bilion) bintang Argentina, Lionel Messi tetap aktif sekali gus memberi tamparan buat Manchester City yang berharap menandatangani penyerang berkenaan secara percuma dari Barcelona.

Terdapat beberapa laporan menyatakan klausa berkenaan terbatal atas beberapa sebab yang pasti menjadi berita dinantikan lembaga pengarah di Etihad.

La Liga menjelaskan berhubung pemahaman yang berbeza (dengan sebahagiannya bertentangan antara satu sama lain) diterbitkan menerusi beberapa media sejak beberapa hari lalu, mengaitkan situasi kontrak pemain Lionel Andres Messi bersama FC Barcelona.

Kontrak berkenaan masih berkuat kuasa dan mempunyai "klausa penamatan" yang sah jika Lionel Andrés Messi memutuskan untuk penamatan kontrak awal.

Bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan dan susulan prosedur yang sepadan dalam kes ini, La Liga memaklumkan tidak akan melakukan proses visa untuk pemain dikeluarkan dari persekutuan jika mereka belum membayar jumlah klausa yang ditetapkan.

Messi memberitahu Barcelona dia mahu meninggalkan kelab berkenaan selepas hampir dua dekad di Nou Camp yang menaikkan namanya sebagai antara pemain bola sepak terbaik di dunia.

Dia menjaringkan 634 gol dalam 731 penampilan buat gergasi Catalan dan dalam tempoh itu memenangi Ballon d'Or sebanyak enam kali.

Namun susulan kekalahan memalukan 2-8 Barca ke atas Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara, dia mengambil keputusan untuk menyahut cabaran baharu.

City berada di petak depan untuk menandatangani Messi yang menyaksikan gabungan semula pemain itu dan Pep Guardiola di Etihad.

Namun sebarang perpindahan akan menjadi lebih mahal jika klausa pelepas dianggap tidak aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 11:37 PM