AFP

Madrid: Barcelona akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Sepanyol, El Mundo selepas mengeluarkan maklumat lengkap kontrak terkini Lionel Messi £492 juta (RM2.72 bilion) untuk empat tahun.

Barca memberi reaksi dengan menegaskan mereka tidak bertanggung jawab di atas kebocoran itu, namun tidak menafikan perincian laporan berkenaan.

El Mundo mengatakan perjanjian yang ditandatangani oleh Messi pada tahun 2017 adalah 'yang terbesar dalam sejarah sukan' dan menyebutnya sebagai 'kontrak besar yang merosakkan Barcelona.'

Pemain berusia 33 tahun itu mampu mengumpul maksimum €555,237,619 (RM2.7 bilion) sebelum kontraknya berakhir pada 30 Jun tahun ini.

MESSI dikatakan memegang kontrak paling terbesar dalam sejarah sukan. FOTO AFP
MESSI dikatakan memegang kontrak paling terbesar dalam sejarah sukan. FOTO AFP

Jumlah itu termasuk gaji tetap, hak imej, pendapatan lain serta cukai yang perlu dibayar oleh Barcelona untuk memintas jumlah rundingan bintang NFL, Patrick Mahomes bersama Kansas City Chiefs yang berjumlah £402 juta (RM2.2 bilion).

Salah satu daripada bonus itu adalah 'pembayaran pembaharuan' bernilai 102 juta pound (RM565 juta) hanya untuk menandatangani kontrak pada November 2017.

Messi kemudiannya terus menerima £69 juta (RM382 juta) setiap tahun sebagai 'bonus kesetiaan' apabila kekal bersama pasukan itu.

Dia bagaimanapun cuba untuk meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu apabila mengaktifkan klausa dalam kontraknya yang membolehkan dia meninggalkan pasukan itu secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 12:02 AM