McGREGOR mahu pertarungan ulangan dengan Khabib. FOTO Agensi
McGREGOR mahu pertarungan ulangan dengan Khabib. FOTO Agensi
Agensi

London: Khabib Nurmagomedov membuat kejutan apabila menamakan musuh ketatnya, Conor McGregor antara jaguh terhebat UFC.

Malah bintang Russia itu yang mengumumkan persaraan baru-baru ini yakin McGregor mampu memenangi gelaran miliknya jika dia menewaskan Dustin Poirier bulan depan.

Khabib menewaskan McGregor di UFC 229 pada 2018 tetapi perang mulut sesama mereka berterusan sehingga kini dan hasrat jaguh dari Ireland itu untuk membalas dendam dalam pertarungan ulangan mungkin tidak menjadi kenyataan.

Ayah Khabib yang juga jurulatihnya, Abdulmanap meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 ketika berusia 57 tahun pada musim panas lalu. Tragedi itu membawa kepada persaraan Khabib selepas mempertahankan gelaran lightweight dengan rekod 29-0 apabila menewaskan Justin Gaethje pada Oktober lalu.

Keputusan mengejut itu membuatkan tali pinggang itu kosong manakala McGregor pula membuat pusingan U dengan keluar daripada persaraan dan bersiap sedia menentang Poirier.

Ketika ditanya siapa jaguh terbaik yang tinggal selepas pengundurannya, bekas raja lightweight, Khabib menamakan kedua-duanya dalam kalangan tiga teratas.

Dia turut yakin pemenang akan merampas tempatnya di puncak.

"Tali pinggang saya akan dirampas pemenang antara Dustin dan Conor."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 11:36 PM