Harry Kane (kanan) tonggak serangan England. FOTO File AFP
Harry Kane (kanan) tonggak serangan England. FOTO File AFP
Agensi

KAPTEN England, Harry Kane dijangka boleh beraksi dalam perlawanan Liga Negara bulan depan sekalipun dalam tempoh kuarantin berikutan kunjungan ke Bahamas.

Penyerang Tottenham, Kane, 27, bercuti di Caribbean apabila pulau berkenaan berada dalam senarai kuarantin United Kingdom pada 7 Ogos lalu.

Dia kini menjalani pengasingan selama 14 hari selepas pulang.

Kane dijadualkan kembali dalam latihan Spurs minggu depan sebelum saingan pembukaan Liga Perdana berdepan Everton pada 12 September ini.

Pengurus England, Gareth Southgate dijadualkan menyenaraikan nama skuadnya Selasa ini, bagi perlawanan menentang Iceland dan Denmark pada 5 dan 8 September.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 1:15 PM