HARRY Kane sandaran utama Spurs. FOTO Agensi
HARRY Kane sandaran utama Spurs. FOTO Agensi
Agensi

London: Harry Kane semakin menambahkan rasa berang Tottenham selepas tidak mematuhi arahan untuk kembali daripadanya percutiannya di Caribbean.

Kapten England itu melanjutkan tempoh percutiannya di Bahamas dan tidak akan melaporkan dirinya pada sesi latihan pra musim Spurs sekurang-kurangnya sehingga Ahad ini.

Kane sebelum itu sudah pun membuatkan pengerusi Spurs, Daniel Levy bengang selepas gagal melaporkan diri kepadanya dalam usaha kelab itu mengelaknya daripada berhijrah ke Manchester City dengan nilai perpindahan £160 juta (RM940 juta).

Tottenham juga kecewa dengan keputusan Kane untuk melanjutkan tempoh percutiannya selepas kesemua pemain sedar bahawa perjalanan ke luar negara perlu memenuhi tempoh kuarantin daripada kerajaan sebaik pulang.

Berbanding mengambil keputusan kembali melaporkan diri mengikut masa ditetapkan, Kane membuat keputusan melengahkan masa untuk kembali ke United Kingdom dan ketika ini berada dalam tempoh pengasingan diri.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya akan kembali bersama pasukan apabila dia melepasi tempoh ujian Covid-19 selama lima hari.

Mengenai perkembangan perpindahannya, Spurs dikatakan akan mencari jalan penyelesaian untuk tidak akan menjualnya.

Pengurus baharu Tottenham, Nuno Espirito Santo pada bulan lalu menyatakan Kane tidak akan meninggalkan kelab berkenaan meskipun mereka berdua masih belum bertemu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 9:15 AM