HAMILTON meraih petak pertama kali kelima di Barcelona. FOTO AFP
HAMILTON meraih petak pertama kali kelima di Barcelona. FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton meraih petak pertama Grand Prix (GP) Formula Satu Sepanyol selepas hanya sedikit mengatasi catatan masa rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas.

Juara dunia enam kali itu meraih petak pertama kali kelima di litar Barcelona dan yang ke-92 sepanjang kariernya selepas mencatat masa 0.059 saat lebih pantas berbanding Bottas.

"Saya tak dapat melakukan catatan yang pantas pada pusingan kedua, tetapi pusingan pertama lebih baik.

"Saya bekerja keras bersama pasukan sehingga lewat malam untuk memastikan jentera kami lebih pantas berbanding Red Bull," katanya.

Bottas pula berkata: "Saya tahu akan menerima cabaran sengit daripada Lewis."

Pemandu Red Bull Max Verstappen yang menduduki tangga kedua kejuaraan pemandu, meraih petak ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 10:43 PM