Shelby Rogers membalas pukulan Serena pada aksi suku akhir Terbuka Top Seed. FOTO AFP
Shelby Rogers membalas pukulan Serena pada aksi suku akhir Terbuka Top Seed. FOTO AFP
AFP

SERENA Williams mencatat kekalahan pertama kepada lawan luar dari kelompok ranking 100 Teratas WTA sejak 2012, selepas tumpas kepada rakan senegara dari Amerika Syarikat (AS), Shelby Rogers pada saingan suku akhir di Terbuka Top Seed, awal pagi ini.

Pemain di ranking ke-116, Shelby mengejutkan pemain di ranking ke enam Serena 1-6, 6-4, 7-6 (7/5) dalam aksi dua jam dan tujuh minit, serta mengetepikan juara Grand Slam 23 kali itu menerusi servis kemenangan.

"Ia adalah impian setiap kanak-kanak untuk bangkit melakukan sesuatu seperti ini," kata Shelby.

"Keadaan pelik. Situasi pelik. Tetapi kemenangan adalah kemenangan."

Serena Williams. FOTO AFP
Serena Williams. FOTO AFP

Kejohanan gelanggang keras AS berlangsung di Lexington, Kentucky, dianjurkan dalam langkah pencegahan ketat berikutan pandemik Covid-19 yang meletakkan Serena antara pemain pilihan sejak penampilan Piala Fed pada Februari lalu.

Pemain pilihan utama Serena tidak pernah tewas kepada pemain dalam kelompok 100 teratas sejak tumpas kepada pemain Perancis, Virginie Razzano pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2012.

Serena yang menewaskan kakaknya Venus pada Khamis, beraksi dalam perlawanan sebagai persediaan untuk Terbuka AS, yang dijadualkan bermula pada 31 Ogos.

Dia akan memburu kejuaraan ketujuh di gelanggang keras New York untuk menyamai pencapai rekod sepanjang zaman, Margaret Court - kejuaraan Grand Slam sebanyak 24 kali.

Shelby mara ke peringkat separuh akhir WTA pertamanya sejak Rio pada 2016.

Dia dijadualkan berdepan pemain tangan kiri dari Switzerland dan ranking ke-63, Jil Teichmann, yang mengetepikan seorang lagi pemain AS, Catherine Bellis 6-2, 6-4.

Shelby yang akan kembali ke kelompok 100 Teratas WTA minggu depan, mara ke peringkat suku akhir pertamanya sejak Mei 2017 berikutan tidak dapat beraksi dalam kejohanan susulan kecederaan lutut kiri yang dialami pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 10:27 AM