Dybala (kiri) dan Ronaldo memakai jersi baharu Juve. FOTO Agensi
Dybala (kiri) dan Ronaldo memakai jersi baharu Juve. FOTO Agensi
Agensi

JERSI belang hitam dan putih yang sebelum ini cukup sinonim dengan Juventus bakal digunakan kembali selepas gergasi Itali itu melancarkan jersi baharu di laman web mereka bagi musim 2020-21.

Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala tampil memperagakan jersi baharu berkenaan dalam video pendek pelancaran itu.

Ronaldo dan Dybala menjaringkan 41 gol dalam Serie A antara mereka ketika membantu Juve menjulang trofi kejuaraan liga buat kali kesembilan.

Bintang Juve antaranya Matthijs de Ligt dan Douglas Costa turut membintangi video promosi selama 30 saat disamping pemain daripada pasukan wanita kelab Turin itu.

Masih mengekalkan warna hitam dan putih, jersi belang terbaharu dengan rekaan seakan-akan diberus itu turut menarik perhatian peminat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 3:12 PM