Penyerang Juventus, Paulo Dybala (kanan) meledak gol pembukaan. FOTO AFP
Penyerang Juventus, Paulo Dybala (kanan) meledak gol pembukaan. FOTO AFP
AFP

JUVENTUS kekal dengan kelebihan empat mata di puncak Serie A selepas mengatasi Genoa 3-1 sekali gus mencipta jurang dengan Lazio yang bangkit mengatasi Torino.

Tiga gol individu menarik sumbangan Paulo Dybala, Cristiano Ronaldo dan Douglas Costa membenam pasukan diancam penyingkiran, Genoa dan meletakkan skuad kendalian Maurizio Sarri di landasan tepat untuk memberikan Juve gelaran kesembilan berturut-turut pada musim pertama sebagai jurulatih.

Andrea Pinamonti kembali mendapatkan satu gol berbaki 14 minit perlawanan buat tuan rumah yang kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran dan ketiga di atas pasukan terbawah, Lecce yang akan menanti kehadiran Sampdoria esok.

Gol Pinamonti adalah jaringan pertama dilepaskan Juve sejak tewas kepada Lyon pada lewat Februari tetapi ia belum cukup menghalang juara bertahan itu daripada mencipta kemenangan keenam berturut-turut liga.

Kemenangan di Stadio Luigi Ferraris menampilkan kekuatan dimiliki Sarri, dengan penjaga gol Genoa, Mattia Perin melakukan lima aksi menyelamat pada babak pertama ketika Juve cuba mencari kelebihan awal.

Dybala meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-50 dengan penyudah cantik yang mengubah rentak untuk keseluruhan permainan.

Ronaldo, yang tampak kehilangan rentak selepas saingan liga disambung semula berikutan Covid-19, mempamerkan dia kembali ke tahap terbaik apabila meledak mengatasi Perin.

Pemain gantian, Costa kemudian mengambil bola dari bahagian kanan dan melencongkan bola yang mengelirukan Perin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 7:45 AM