ADIQ (tengah) bersama barisan peserta KSNC2020. FOTO UniMAP
ADIQ (tengah) bersama barisan peserta KSNC2020. FOTO UniMAP
Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


PROGRAM Kayuhan Santai Naib Canselor (KSNC2020) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra baru-baru ini berjaya mengamit penyertaan bekas atlet berbasikal kebangsaan, Adiq Husainie Othman.

Juara Asia Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 itu berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama peminat sukan berbasikal di Perlis yang secara kebetulan berada di sana atas urusan keluarga.

Kayuhan yang julung kali di adakan itu membabitkan jarak sejauh 70 kilometer yang turut menyaksikan kelibat Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad.

Katanya, KSNC2020 dianjurkan khusus untuk mengeratkan hubungan antara seluruh warga UniMAP dengan dua kategori dipertandingkan iaitu kayuhan santai 30 kilometer dan kayuhan lebuhraya 70 kilometer.

Selain itu, ujarnya, ia secara tidak langsung juga sebagai simbolik perpindahan keseluruhan operasi pentadbiran UniMAP ke kampus induk melalui penempatan di Bangunan Canselori yang siap diduduki Mac lalu.

"Sebelum ini, operasi pentadbiran UniMAP yang merangkumi Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari beroperasi secara teragih di seluruh Kangar.

"Justeru, sementara menunggu perasmian Bangunan Canselori yang masih tertangguh ekoran pandemik Covid-19. Atas dasar itu, pelepasan peserta KSNC2020 dibuat di perkarangan bangunan Canselori dan merupakan alternatif terbaik untuk memaklumkan perpindahan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup dan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 9:20 PM