Eden Silva jadikan Serena sebagai idolanya.
Eden Silva jadikan Serena sebagai idolanya.
Agensi

EDEN Silva mahu menjadi pemain contoh di dalam dan luar gelanggang sama seperti idolanya, Serena Williams.

Bintang tenis wanita British akan beraksi pada acara berpasukan Battle of the Brits yang akan bermula di London esok.

Ketika tempoh perintah berkurung pasukannya dihubungi oleh pengurusan W Model selepas melihat beberapa gambar di Instagram peribadinya.

Eden, 24 berkata : "Saya berkeyakinan tinggi berpeluang tidak hanya dikenali sebagai pemain tenis. Justeru adalah sangat penting mempunyai minat yang lain.

"Pihak agensi berkenaan mewakili atlet, model dan bintang realiti TV. Saya fikir ia perkara yang baik untuk diceburi.

"Ia bukan peragawati fesyen. Tetapi saya mungkin menjadi wajah kepada kempen berlainan. Terbabit dalam penajaan dan iklan yang berpotensi.

"Saya sentiasa meluahkan minat dalam fesyen dan kecantikan.

"Fokus utama saya adalah tenis. Ia adalah satu ujian dan mampu mengalihkan perhatian saya dengan cara yang positif.

Serena Williams. FOTO Agensi
Serena Williams. FOTO Agensi

"Hero saya adalah Serena yang mengharungi tempoh yang sukar tetapi cara dia mewakili dirinya di luar gelanggang sangat berkesan dan begitu bersemangat.

"Saya meminatinya. Dia adalah pemain tenis kegemaran saya dan contoh terbaik.

Eden akan beraksi dengan British Bulldogs disamping Jo Konta, Kyle Edmund, Cameron Norrie dan Harriet Dart di kejohanan tahunan acara Battle of the Sexes di Pusat Tenis Kebangsaan LTA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 9:25 AM