Serena (kiri) dan anak perempuannya. FOTO Agensi
Serena (kiri) dan anak perempuannya. FOTO Agensi
Agensi

SERENA Williams memilih gandingan baru dalam usahanya memburu kejuaraan berganda bersama anak perempuannya yang comel, Olympia.

Juara Grand Slam 23 kali itu bergandingan dengan anaknya yang berusia dua tahun dalam satu sesi bergambar ketika mereka seolah-olah sama-sama bermain tenis.

Dua beranak itu mengenakan pakaian sukan berwarna ungu sambil memegang raket tenis.

Sebelum ini, Serena, 38, pernah memberitahu anaknya lebih gemar bermain Play-Doh berbanding tenis.

Dan jelas bintang tenis itu kini sedang giat membuat persediaan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka AS (Amerika Syarikat) di New York pada penghujung Ogos ini dengan bantuan anaknya itu.

Menurut Serena : "Saya tak sabar untuk kembali ke New York dan beraksi di Terbuka AS 2020.

Ia dijangka kejohanan tenis utama yang pertama sejak acara sukan itu ditangguhkan pada Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 11:08 PM