Eden (kiri) dan Thorgan tidak disenaraikan bersama skuad Belgium. FOTO REUTERS
Eden (kiri) dan Thorgan tidak disenaraikan bersama skuad Belgium. FOTO REUTERS
Reuters

EDEN Hazard dan adiknya, Thorgan terlepas beraksi bersama Belgium untuk kelayakan Euro 2020 menentang San Marino dan Scotland akibat kecederaan, menurut persatuan bolasepak Belgium.

Gandingan adik-beradik itu melapor diri ke kem pasukan itu di Tubize, semalam untuk pemeriksaan perubatan yang mengesahkan Eden mengalami ketegangan otot manakala adiknya cedera di bahagian rusuk.

Eden masih belum membuat penampilan untuk Real Madrid sejak berhijrah dari Chelsea akibat kecederaan.

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez belum menyenaraikan pengganti terhadap dua pemain terbabit.

Belgium yang menang empat perlawanan kelayakan dalam Kumpulan I akan turun berdepan San Marino, Jumaat ini dan Scotland di Hampden Park pada Isnin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 4:54 PM