PERLAWANAN sedang diatur antara Mayweather (kanan) dan Uchiyama. FOTO Agensi
PERLAWANAN sedang diatur antara Mayweather (kanan) dan Uchiyama. FOTO Agensi
Agensi

FLOYD Mayweather sedang diatur untuk pertemuan bersama bekas juara dunia super-featherweight, Takashi Uchiyama.

Mayweather mungkin berminat untuk kembali Jepun yang menyaksikannya meraih £7 juta (RM37.74 juta) dengan menewaskan Tenshin Nasukawa pada perlawanan pertunjukan dua tahun lalu.

Menurut eFight, promoter MMA, RIZIN sedang berusaha untuk membawa bintang berusia 43 tahun itu kembali ke gelanggang bertemu bekas juara WBA, Uchiyama.

Petinju berusia 40 tahun itu bersara pada 2016, setahun sebelum Mayweather selepas tewas kepada Jezreel Corrales namun dikenali kerana keputusan 20 KO sepanjang 24 kemenangan.

Mayweather dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan RIZIN untuk melakukan penampilan semula namun berdepan kekangan untuk terbang ke luar negara kerana pandemik Covid-19.

Promoter Nobuyuki Sakakibara kemudian mengesahkan Mayweather mungkin akan kembali ke gelanggang tetapi berdepan beberapa isu untuk memuktamadkan perlawanan itu.

"Perlawanan Mayweather bertemu Takashi Uchiyama adalah amat menarik.

"Masih terdapat beberapa masalah seperti imigresen, lawan, wang kemenangan dan sebagainya. Namun perbincangan nampak positif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 10:54 PM