Messi (kiri) dan Griezmann memperagakan jersi terbaru Barca musim depan. FOTO Agensi
Messi (kiri) dan Griezmann memperagakan jersi terbaru Barca musim depan. FOTO Agensi
Agensi

BARCELONA mendedahkan jersi baharu corak klasik menarik yang akan dipakai sebagai jersi utama bagi musim 2020-21.

Mengekalkan corak belang biru dan merah dengan penampilan gaya retro Barcelona jersi berkenaan sudahpun dijual hari ini.

Kelab gergasi Sepanyol berkenaan mendedahkan corak jersi terbaru berkenaan menerusi online yang diperagakan oleh bintang mereka.

Difahamkan ia dijual pada harga £136 (RM729.39) bagi sehelai jersi manakala seluar yang dijual berasingan pada harga £64 (RM343.24).

Terdapat juga pilihan harga yang lebih murah bagi kanak-kanak dan wanita.

Ramai dikalangan peminat yang menyukai corak jersi terbaru yang dipakai bintang mereka Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Ada di antara mereka yang memuji corak yang ringkas dan menarik malah ada di kalangan peminat yang turut memperkatakan mengenai prestasi semasa Barca.

Mereka mendesak kebangkitan buat pasukan itu dalam perebutan kejuaraan La Liga musim ini daripada musuh tradisi, Real Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 9:22 AM