BYRAM tandatangani kontrak empat tahun di Norwich. — FOTO canaries.co.uk
BYRAM tandatangani kontrak empat tahun di Norwich. — FOTO canaries.co.uk
Reuters

NORWICH City mengikat pertahanan Sam Byram dari West Ham United dengan menawarkan kontrak empat tahun, umum kelab pendatang baharu Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pertahanan kanan berusia 25 tahun itu, yang melakukan 36 penampilan bersama West Ham selepas menyertai mereka pada 2016, menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Nottingham Forest namun telepas hampir keseluruhan kempen kerana kecederaan lutut.

“Saya gembira. Semuanya berlaku agak pantas dan ia satu urusan perpindahan yang cepat,” kata Byram, yang menyertai skuad Norwich pada kem pramusim di Jerman.

“Jelas, saya tidak berada dalam perancangan West Ham pada masa depan dan saya perlukan satu cabaran baharu untuk meneruskan karier selepas apa yang berlaku musim lalu.”

Norwich meraih tempat ke liga utama Inggeris sebagai juara Liga Kejuaraan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 6:49 PM