KYRGIOS lantang mengkritik pemain yang beraksi di Jelajah Adria. FOTO AFP
KYRGIOS lantang mengkritik pemain yang beraksi di Jelajah Adria. FOTO AFP
Agensi

NICK Kyrgios sekali lagi menyerang bintang tenis, Novak Djokovic, Dominic Thiem dan Alexander Zverev, mempersoalkan setakat mana tahap kecerdikan kesemua pemain itu dan pengetahun mereka mengenai pandemik Covid-19.

Thiem sebelum ini menghubungi Kyrgios lewat malam, mempersoalkan tindakan pemain itu yang meyibuk mengenai video Zverev menghadiri parti dan tidak melakukan kuarantin.

"Kyrgios banyak melakukan kesilapan. Lebih baik dia membersihkan semuanya daripada melakukan kritikan," kata Thiem.

Kyrgios yang tidak berpuas hati dengan kata-kata Thiem membalas dengan mengeluarkan kenyataan di Twitter sebanyak dua kali.

"Apa yang anda (Thiem) cakapkan? Kesilapan seperti menghempas raket di lantai?.

"Tidak ada salah seorang pun dari kamu semua mempunyai tahap kecerdikan untuk memahami apa yang saya sampaikan. Saya cuba membuatkan mereka lebih berasa tanggungjawab," kata Kyrgios.

Kyrgios lantang mengkritik Djokovic, Zverev dan semua pemain yang mengambil bahagian di Jelajah Adria.

Djokovic, Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Victor Troicki kesemuanya diuji postif Covid-19 seminggu selepas kejohanan yang diadadakan di Serbia.

Dalam masa sama Kyrgios juga menyelar ATP dan USTA, yang bertungkus-lumus untuk menganjurkan Terbuka Amerika Syarikat di Flushing Meadows hujung Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 2:27 PM