Juergen Klopp (dua kanan) meraikan pemainnya selepas perlawanan. FOTO File Agensi
Juergen Klopp (dua kanan) meraikan pemainnya selepas perlawanan. FOTO File Agensi
AFP

SAINGAN bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) akan kembali awal pagi Khamis ini selepas tertangguh tiga bulan berikutan pandemik Covid-19.

Secara realistik tidak yang mampu menghalang Liverpool daripada dimahkotakan juara Inggeris buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Namun terdapat pelbagai isu lain yang harus diselesaikan, termasuk penyingkiran pasukan dan tempat dalam saingan Eropah musim depan dengan aksi pasukan dijadual berlangsung tertutup.

Liverpool mendahului selesa 25 mata dari Manchester City dan tanpa diragui akan dinobatkan juara liga buat pertama kali sejak 1990 ketika liga ditangguhkan sejak Mac lalu.

Tetapi ketika Covid-19 menangguhkan kegembiraan meraikan kejuaraan, tiada siapa yang benar-benar percaya ia tidak akan berlaku.

Dua lagi kemenangan secara pengiraan sememangnya City tidak dapat mengejar Liverpool, tapi the Reds mungkin boleh meraikan kemenangan lebih awal dengan kejayaan pada perlawanan pertama, dalam aksi berdepan musuh setempat, Everton di Merseyside pada awal pagi Isnin.

Itupun jika City tewas di gelanggang sendiri kepada Arsenal pada aksi awal pagi Khamis ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp juga mampu memecah dua rekod terbaik City - mereka perlu 19 mata dari 27 untuk mengatasi kelab Manchester menerusi mata keseluruhan daripada 100 mata dari musim 2017/18 dan juga mengatasi rekod margin kemenangan City daripada 19 mata menerusi kempen sama.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson menjulang trofi Liga Juara-Juara di stadium yang sesak dekat Madrid, Jun tahun lalu namun bersedia dengan pengalaman berbeza ketika anugerah trofi Liga Perdana diserahkan dalam kawasan tertutup tahun ini.

"Sudah tentu ia perasaan yang berbeza kerana jika anda menang mana-mana trofi dan menerimanya tanpa penyokong di sini, ia akan menjadi sesuatu yang pelik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 1:49 PM