GUARDIOLA memeluk Raheem Sterling ketika menentang  Bournemouth di Stadium Vitality, Sabtu lalu.
GUARDIOLA memeluk Raheem Sterling ketika menentang Bournemouth di Stadium Vitality, Sabtu lalu.
AFP

“BERDASARKAN cara kami bermain, kami beraksi dengan lebih baik (berbanding musim lalu). Semua orang tahu apa yang kami perlu lakukan, semua orang membantu satu sama lain,” kata Pep Guardiola.

Pengurus Manchester City dari Sepanyol itu menegaskan skuad kendaliannya ketika ini bermain ‘lebih baik’ berbanding tahun lalu yang menyaksikan Manchester City menjulang trofi Liga Perdana Inggeris dengan memecahkan rekod kejohanan.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu berkata sekali pun pasukannya tewas dalam pemburuan kejuaraan kepada Liverpool musim ini, barisan pemainnya tidak boleh dilabelkan sebagai gagal.

City kembali diletakkan sebagai pilihan untuk mengekalkan kejuaraan selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth, Sabtu lalu dan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi tetangga Merseyside meletakkan mereka satu mata di atas skuad kendalian Jurgen Klopp.

City memecahkan beberapa rekod liga apabila menjulang gelaran pada musim 2017/18 termasuk mengumpul jumlah mata tertinggi 100 mata dan menjaringkan 106 gol.

Sekali pun gagal untuk mengulangi dominasi yang direkodkan musim lalu, City begitupun berjaya mengatasi defisit tujuh mata di belakang Liverpool pada satu ketika untuk kembali merampas carta teratas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 12:37 AM