Shakir (kiri) dan Zaquan Adha luah perasaan di media sosial.
Shakir (kiri) dan Zaquan Adha luah perasaan di media sosial.
Firdaus Hashim


TONGGAK import Kedah, Shakir Hamzah mengakui tertekan apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih gagal melunaskan tunggakan gaji yang kini memasuki lima bulan.

KFA didakwa hanya membayar 60 peratus gaji bulan Februari dengan baki 40 peratus masih lagi sangkut.

Malah, gaji penuh bagi bulan Mac-Jun juga tidak diketahui statusnya dengan seluruh barisan pemain dan pegawai tertanya-tanya mengenai nasib mereka.

Menerusi luahan di Instagram Story Shakir, pemain pertahanan itu dilihat sedang memandu sambil berkongsi perasaannya yang sakit kerana ketiadaan gaji.

"Sakitnya hati gaji tak ade. Haha," katanya.

Lain pula cerita seorang lagi pemain skuad Helang Merah, Zaquan Adha Abd Razak apabila berkongsi aktiviti bermain snuker bagi mengisi masa lapangnya.

"Bila dah tak tau nak buat apa kat rumah. Seorang pun jadi kerja," kata penyerang itu di Instagram Story miliknya.

Liga Malaysia (Liga M) yang ditangguhkan sejak Mac lalu kembali dibenarkan untuk menjalani latihan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula 15 Jun ini.

Manakala saingan Liga M pula dijangka bersambung pada September ini sekiranya mendapat kelulusan MKN.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2020 @ 5:23 PM