LEVY berterus-terang bahawa Spurs bersetuju untuk melepaskan Kane sebaik berakhir musim ini. FOTO AGENSI
LEVY berterus-terang bahawa Spurs bersetuju untuk melepaskan Kane sebaik berakhir musim ini. FOTO AGENSI
Agensi

PENGERUSI Tottenham Hotspur, Daniel Levy meletak harga sebanyak 200 juta pound (RM1.1 bilion) jika Manchester United berhasrat mahu menyambar penyerang mereka, Harry Kane.

Nilai berkenaan juga dikatakan sebagai faktor kebimbangan di atas masalah kewangan dan kegelisahan kehilangan ketua pasukan England itu tatkala mereka berdepan dengan krisis Covid-19.

Levy berterus-terang bahawa Spurs bersetuju untuk melepaskan Kane sebaik berakhir musim ini.

Tottenham gusar bahawa mereka berdepan dengan masalah kewangan yang lebih teruk berbanding kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain kerana masih mempunyai komitmen dengan stadium baru bernilai satu bilion pound (RM5.3 bilion).

Spurs juga antara kelab pertama EPL yang mengambil skim pengekalan pekerjaan walaupun dikritik hebat oleh orang ramai.

Mereka dilaporkan masih mempunyai hutang pinjaman ke atas stadium baru itu yang bernilai 637 juta pound (RM3.4 bilion) dan nilai perpindahan pemain 83 juta pound (RM445 juta).

Levy dikatakan berang dengan komen Kane baru-baru ini bahawa saingan EPL musim ini harus dikurangkan jika ia tidak selesai pada hujung Jun depan.

Itu akan memberikan kesan besar jika pemegang hak penyiaran meminta bayaran semula kepada EPL walapun difahamkan Sky tidak akan meminta liga membayar semula hutang sebanyak 371 juta pound (RM1.9 juta).

Kane, yang tidak dapat beraksi sejak Januari akibat kecederaan hamstring, juga mengakui ia adalah masa tepat meninggalkan Spurs jika kelabnya tidak akan meraih trofi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2020 @ 10:16 PM