KANE dikatakan bersedia tinggalkan Spurs musim ini. -FOTO AFP
KANE dikatakan bersedia tinggalkan Spurs musim ini. -FOTO AFP
Agensi

London: Bayern berharap untuk mencapai persetujuan dengan Tottenham untuk Harry Kane hujung minggu ini selepas menawarkan lebih daripada £86 juta (RM499.34 juta).

Juara Jerman itu meminta pengerusi, Spurs, Daniel Levy untuk membuat keputusan selewat-lewatnya pagi esok mengenai penjualan Kane selepas mereka meningkatkan tawaran mereka kepada 'tawaran yang sangat adil' untuk penyerang itu yang mempunyai baki satu tahun dalam kontraknya.

Bayern mahukan kepastian supaya mereka boleh beralih ke sasaran lain jika bidaan mereka tidak berjaya.

Kini terpulang kepada Levy untuk memutuskan sama ada untuk menerima tawaran rekod kelab Bayern sebanyak £86.24 juta (RM500.73 juta) ditambah nilai tambahan dengan semua pihak mahu situasi itu diselesaikan dengan cepat.

Bayern berharap mendapatkan Kane dalam barisan mereka menjelang perlawanan akhir Piala Super Jerman Sabtu depan menentang RB Leipzig dan mengetahui pemain itu tidak sabar-sabar untuk menerima cabaran mereka dan menandatangani kontrak empat tahun bernilai sekitar £400,000 (RM2.3 juta) seminggu.

Jika perjanjian tidak dapat dipersetujui, Kane dijangka akan menamatkan tahun terakhir kontraknya di Tottenham dan pergi secara percuma pada musim panas depan.

Tidak ada tanda-tanda bahawa Kane, yang berusia 30 tahun minggu lalu, mahu melanjutkan tempohnya di Spurs lagi walaupun kelab itu cuba memujuknya menandatangani perjanjian baharu.

Bayern terdahulu berbincang untuk mendapatkan Kane pada Januari dan menandatanganinya dengan bayaran yang dikurangkan atau pada pra kontrak untuk musim panas akan datang.

Pengarah teknikal, Marco Neppe menjadi watak penting sepanjang rundingan, selepas bertemu Kane serta keluarganya dan bersamap-sama ketua eksekutif, Jan-Christian Dreesen untuk perbincangan di London dengan Levy.

Dia percaya Kane, komited dengan projek Bayern dan dengan pengendali Thomas Tuchel bersedia untuk mencuba lagi tahun depan jika Levy menolak mereka.

Tottenham membariskan penyerang bawah 20 Argentina, Alejo Veliz dari Rosario Central dan mahukan Brennan Johnson dari Nottingham Forest ketika mereka bersedia untuk pemergian Kane.

Mereka juga menjangkakan untuk menandatangani pertahanan Wolfsburg, Micky van de Ven dengan harga £43 juta (RM249.67 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 10:03 AM