Jose Mourinho bawa Spurs raih tempat keenam Liga Perdana musim lalu. FOTO Agensi
Jose Mourinho bawa Spurs raih tempat keenam Liga Perdana musim lalu. FOTO Agensi
Agensi

DANIEL Levy sudah mengingatkan Jose Mourinho bahawa mereka mahu menjulang trofi di Tottenham.

Spurs tidak memenangi sebarang trofi sejak Piala Liga 2008 dan sepi dari kejuaraan di liga utama dengan kali terakhir meraihnya pada 1961.

Levy yang juga Pengerusi kelab dilantik pada 2001 memberitahu menerusi dokumentari 'All or Nothing' yang dihasilkan Amazon Prime mengenai kelab itu : "Ketika saya mengambil alih Tottenham ia hanya kelab kecil berbanding sekarang.

"Saya melihat kelab ini sebagai pasukan yang berpotensi membuat kejutan. Ketika ini kami berada dalam tempoh di mana kami perlu melakar kejuaraan.

"Saya adalah peminat Spurs dan saya mahu melihat kelab ini terus berkembang - dan saya mahu mendakap trofi."

Kelab Utara London itu menamatkan saingan liga perdana di tempat ke enam musim lalu selepas Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus ketika aksi terumbang ambing kelab itu disusuli saingan bola sepak terganggu dengan penularan pandemik Covid-19.

Spurs membuka kempen musim baharu Liga Perdana 2020/21 dengan melayan kunjungan skuad Everton yang dibimbing pengendali dari Itali, Carlo Ancelotti Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 6:21 PM