Pertarungan Khabib (kiri) - Ferguson dijadualkan 18 April ini. FOTO UFC
Pertarungan Khabib (kiri) - Ferguson dijadualkan 18 April ini. FOTO UFC
AFP

BINTANG seni bela diri campuran, Khabib Nurmagomedov berkata dia tidak akan mengambil bahagian dan melakukan perjalanan ketika pandemik Covid-19 untuk menyertai kejohanan UFC yang dijadualkan pada 18 April ini.

Juara kategori berat ringan (lightweight) itu sepatutnya menjadi tarikan utama dalam acara UFC 249 apabila berdepan Tony Ferguson, namun dalam status di laman Instagramnya dia berkata dia tidak sanggup meninggalkan Russia untuk perlawanan itu.

“Saya faham semuanya dan saya sememangnya lebih kecewa berbanding anda kerana membatalkan pertarungan itu.

“Seperti orang lain, saya mempunyai banyak perancangan selepas perlawanan itu, tetapi ia bukan di bawah kawalan saya,” catat Khabib.

Ultimate Fighting Championship (UFC) sudah menangguhkan tiga acara kerana gagal mencari venue untuk menganjurkan pertarungan susulan kawalan pergerakan di beberapa negara bagi menangani pandemik Covid-19.

UFC masih belum memutuskan venue pertarungan Khabib-Ferguson namun presidennya, Dana White berkata pihaknya akan tetap mengadakan acara berkenaan.

Terdapat juga laporan menyatakan pertarungan itu akan dilangsungkan tanpa peminat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 10:47 AM