Dan Ticktum. FOTO File Agensi
Dan Ticktum. FOTO File Agensi
Reuters

BEKAS pelumba junior Red Bull, Dan Ticktum menyertai Williams dalam aspek pembangunan selain bertanding dalam Formula Dua musim depan, kata pasukan Formula Satu itu, hari ini.

Pelumba Britain berusia 20 tahun, yang melakukan ujian untuk Red Bull tahun ini namun kemudian digugurkan daripada program mereka, adalah juara dua kali F3 Grand Prix Macau dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Mick Schumacher pada Kejohanan Formula Tiga Eropah 2018.

Williams berkata dia akan menjalankan kerja simulasi dan membantu dalam aspek pembangunan kereta, selain menyertai dua Grand Prix bersama bekas juara itu.

“Kepakaran teknikal Dan akan membantu pasukan dan kami melihat ke hadapan untuk membantunya berkembang dan meningkat pada 2020,” kata Timbalan Prinsipal, Claire Williams.

Pelumba Kanada, Nicholas Latifi adalah pasukan utama pembangunan dan pemandu simpanan tahun ini namun telah beralih ke tempat duduk perlumbaan selepas peninggalan pelumba Poland, Robert Kubica.

Jamie Chadwick, pemenang acara tahunan Series W wanita tahun ini, turut tampil dalam fungsi pembangunan bersama pasukan yang menamatkan keseluruhan di tempat terakhir pada 2019 hanya dengan mengumpul satu mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 7:16 PM