Aksi Lewis Hamilton (44) dari Mercedes pada sesi latihan Grand Prix Amerika Syarikat. FOTO Reu
Aksi Lewis Hamilton (44) dari Mercedes pada sesi latihan Grand Prix Amerika Syarikat. FOTO Reu
AFP

LEWIS Hamilton memberi isyarat untuk memastikan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) kali keenam bakal menjadi miliknya apabila dengan penuh bergaya mendahului selesa pada sesi latihan kedua di Grand Prix Amerika Syarikat, Austin, awal pagi ini.

Namun aksi itu belum cukup untuk membuatkan Max Verstappen berasa kagum.

Hamilton pelumba dari Mercedes, hanya memerlukan penamat di kedudukan kelapan teratas untuk memastikan kejuaraan itu, berada selesa di depan pencabar terdekat dari Ferrari, Charles Leclerc sementara Verstappen di kedudukan ketiga terpantas bersama Red Bull.

“Lewis mempunyai kelebihan dalam perlumbaan sebelum ini jadi dia kini berada dalam kedudukan yang sangat selesa dari segi masa pusingan,” kata pelumba Belanda yang bergelut untuk mengatasi pencapaian kejuaraan lima kali sejak Grand Prix Mexico minggu lalu, di mana dia menamatkan perlumbaan di tempat keenam selepas permulaan di petak utama.

“Saya fikir ia perkara kecil. Tetapi keseluruhan, pada saya, ia adalah hari yang positif. Saya fikir kelajuan kereta itu pada perlumbaan singkat juga tidak mengecewakan.”

Hamilton bergembira dengan bantuan daripada pelumba William, Robert Kubica yang menghalang pelumba lain untuk mencabarnya mencatat pusingan terbaik di Litar Amerika itu.

Kelebihan daripada Leclerc mungkin lebih jauh tetapi pelumba Monaco memberitahu Ferrari dia tidak dapat bersaing dengan kelajuan pelumba Britain itu pada setiap pusingan.

Pelumba Mercedes berusia 34 tahun itu mendedahkan kembalinya jurutera perlumbaan Peter 'Bono' Bonnington, menyaksikan dia mencatat masa terbaik pusingan dalam satu minit 33.232 untuk meninggalkan Leclerc dari Ferrari dengan perbezaan tiga per sepuluh saat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 11:22 AM