Le Castellet: Max Verstappen muncul juara Grand Prix (GP) Perancis untuk terus mengatasi Lewis Hamilton bagi kedudukan keseluruhan perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.
Pelumba Red Bull itu mengejar dan memintas juara dunia dari Mercedes ketika berbaki satu lagi pusingan di Le Castellet untuk meraih kemenangan ketiga daripada tujuh perlumbaan.
Ia adalah satu amaran buat pelumba Belanda dan keseluruhan pasukannya yang mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas aksi di Monaco dan Baku.
Ia membolehkan Verstappen menjarakkan 12 mata dengan Hamilton sebelum beraksi di laman sendiri Red Bull di Austria.
Seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez menduduki tempat ketiga, manakala pelumba kedua Mercedes, Valtteri Bottas di kedudukan keempat.