Pengurus Chelsea, Frank Lampard. FOTO Reuters
Pengurus Chelsea, Frank Lampard. FOTO Reuters
Reuters

CHELSEA tidak akan menjadi ‘gila’ apabila bebas penggantungan perpindahan pada Januari kerana pemain muda yang diberikan peluang untuk menyinar semakin mempamerkan peningkatan setiap masa kata jurulatihnya, Frank Lampard.

“Saya agak tenang pada jendela perpindahan kali ini, saya sangat tenang mengenainya,” kata Lampard selepas Chelsea memastikan tempat dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Lille 2-1 di Stamford Bridge.

“Kami semakin meningkat. Sekalipun sedikit kekecewaan dalam tempoh dua minggu lalu adalah sebahagian daripada prosesnya.

“Saya percaya dengan apa yang kami milik kini. Saya tidak fikir kami akan menjadi gila hanya kerana penggantungan berkenaan sudah tamat.”

Chelsea dibenarkan untuk menandatangani pemain pada jendela perpindahan pemain pada Januari selepas Mahkamah Timbang Tara untuk sukan mengurangkan tempoh penggantungan yang dikenakan pada Februari lalu kerana peraturan melanggar perpindahan antarabangsa dan pendaftaran pemain di bawah 18 tahun.

Penyerang muda Chelsea, Tammy Abraham (kiri) sandaran pasukan. FOTO AFP
Penyerang muda Chelsea, Tammy Abraham (kiri) sandaran pasukan. FOTO AFP

Ketika jaringan daripada Tammy Abraham dan Cesar Azpilicueta mengesahkan kemenangan yang memastikan tempat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada tahun depan, Lampard kedengaran mengakui jika dia berasakan perlu membawa perubahan mahal dalam pasukan pada Januari ini.

Persembahan pemain muda yang semakin mendapat tempat dalam kesebelasan utama antaranya Abraham, Mason Mount, Reece James dan Fikayo Tomori, membuatkan bekas pemain kebangsaan England banyak sebab untuk terus bergantung harapan kepada mereka.

“Ketika kami melangkah ke depan dan kami mahu meningkatkan permainan pasukan akan dilihat kepada faktor yang diperlukan dan bagaimana menjadi lebih baik,” kata Lampard.

“Dan saya fikir, jika ada cabaran sekalipun pemain muda tetap menjadi sandaran utama pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 10:23 AM