CHILWELL (kanan) berada dalam senarai Lampard. — FOTO Reuters
CHILWELL (kanan) berada dalam senarai Lampard. — FOTO Reuters
AFP

URUSAN pembelian dan penjualan pemain kelab Liga Perdana Inggeris bermula rancak bulan ini ketika kelab berebut untuk membeli pemain pada jendela perpindahan sepanjang sebulan.

Liverpool selesa mendahului dalam perebutan kejuaraan dan sudah mengikat bintang Jepun, Takumi Minamino, jadi Reds mungkin tidak berurusan lagi ketika kelompok pengejar cuba menambah pemain bagi membantu mereka merapatkan jurang.

Bos Chelsea, Frank Lampard dijangka berbelanja besar selepas gagal mengikat pemain pada jendela perpindahan musim panas lalu susulan hukuman penggantungan perpinddahan kelab itu.

Dengan dua jendela perpindahan dikurangkan separuh oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan, Lampard memerlukan beberapa rekrut baharu bagi membantu perkembangan pasukan mudanya.

LIVERPOOL sudah awal-awal mengikat Minamino (tengah). — FOTO Reuters
LIVERPOOL sudah awal-awal mengikat Minamino (tengah). — FOTO Reuters

Disokong dengan peruntukan £150 juta (RM805 juta), Lampard dilihat cuba mengukuhkan posisi pertahanan kiri, yang mana Emerson dan Marcos Alonso tidak begitu konsisten.

Blues sudah dikaitkan dengan pemain Leicester, Ben Chilwell untuk mengisi kelompongan itu namun Lampard mungkin tidak berpuas hati dengan hanya satu pembelian.

Sesudah dikecewakan dengan kekurangan sengat Chelsea menentang lawan yang suka bertahan, bos Chelsea itu perlukan kepantasan di sayap, penyudah klinikal untuk menyaingi Tammy Abraham dan secara idealnya, seorang pemain tengah kreatif.

Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha, penyerang RB Leipzig, Timo Werner dan penyerang Lyon, Moussa Dembele antara pemain yang menjadi sasaran Lampard.

GREALISH menjadi buruan Solskjaer. — FOTO Reuters
GREALISH menjadi buruan Solskjaer. — FOTO Reuters

Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan Manchester United mengintai “seorang atau dua pemain” selepas mendapat tahu Paul Pogba tidak boleh beraksi selama sebulan.

Pemain tengah Perancis, Pogba dinasihatkan menjalani pembedahan buku lali dan ia menjadi masalah buat pengurus United, Solskjaer, yang tidak mendapat khidmat Scott McTominay kerana kecederaan lutut.

“Sudah tentu kami perlu membuat keputusan apabila dua pemain berehat - Paul selama sebulan dan Scott dua bulan,” kata Solskjaer.

Solskjaer terlepas khidmat penyerang berbakat Erling Braut Haaland, yang menyertai Borussia Dortmund dari Red Bull Salzburg.

Pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish, dua pemain Leicester, Ricardo Pereira dan James Maddison, serta pemain Dortmund, Jadon Sancho semuanya sudah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 11:45 AM