Lewis Hamilton ceria selepas bergelar juara dunia kali keenam. FOTO REUTERS
Lewis Hamilton ceria selepas bergelar juara dunia kali keenam. FOTO REUTERS
Agensi/Esme Jo

KETIKA rakan-rakan dan ahli keluarga Lewis Hamilton ke New York untuk meraikan kejayaannya meraih gelaran juara dunia kali keenam, tokoh sukan permotoran diceburinya pula menuju ke satu destinasi lain.

Mereka mengirimkan surat ke Istana Buckingham.

Surat itu dihantar agar Lewis Carl Davidson Hamilton MBE dianugerahkan gelaran Sir Lewis.

Pengerusi Permotoran UK, David Richards dan bekas ahli kabinet parti Buruh, Lord Hain menulis surat bertulis kepada Perdana Menteri cadangan untuk mendapatkan pengiktirafan sempena Majlis Anugerah pada Tahun Baru.

Mereka turut menyatakan alasan kukuh mereka berdasarkan ahli sukan yang pernah menerima anugerah seumpama itu sejak beberapa dekad lalu.

Malah, Hamilton, 34, menguasai perlumbaan itu sejak sekian lama.

Mereka merujuk kepada Sir Andy Murray yang memiliki bakat cemerlang meraih tiga gelaran Grand Slam pada era emas dan hanya menduduki ranking nombor satu dunia untuk seketika.

Seorang lagi atlet, Sir Mo Farah, tidak pernah mencatat rekod dunia ketika meraih gelaran pingat emas di bawah jurulatih yang tidak mendapat pujian, Alberto Salazar.

Dalam surat dihantar kepada Boris Johnson untuk menyatakan cerita perjalanan karier Hamilton penuh inspirasi: Seorang budak dari rumah perbandaran di Stevenage muncul pemandu kulit hitam pertama berada dalam F1 dan luar biasa.

Lord Hain yang membuat penyelidikan menyatakan Hamilton, biarpun menetap di Monaco berada dalam kalangan 5,000 ‘orang utama’ membayar cukai yang tinggi di UK.

Dia juga menyumbang jumlah royalti yang tinggi di Britain, lokasi pasukan Mercedes diwakilinya berpangkalan.

Hamilton juga banyak terbabit dalam kerja amal.

Dia dikatakan akan menjalin kerjasama dengan Comic Relief untuk menyumbang sebanyak £1 juta (RM5.3j) membiayai badan amal berpangkalan di Britain untuk membantu golongan muda kurang bernasib baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 9:01 PM