PEMAIN SRT FC (jersi hitam dan hijau) bergambar kenangan dengan pasukan Pescao Rosar di Stadium Shah Alam, malam ini. — FOTO Saiful Affendy Sapran
PEMAIN SRT FC (jersi hitam dan hijau) bergambar kenangan dengan pasukan Pescao Rosar di Stadium Shah Alam, malam ini. — FOTO Saiful Affendy Sapran
Saiful Affendy Sapran


PELUMBA MotoGP bukan saja kering hati di atas litar tetapi juga lincah beraksi di tengah padang bola sepak.

Mereka membuktikan kemampuan diri masing-masing pada satu perlawanan persahabatan malam ini membabitkan pasukan SRT FC bertemu Pescao Rosar di Stadium Shah Alam.

Perlawanan itu sebahagian daripada aktiviti menjelang Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.

SRT FC diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Antara yang turut membarisi SRT FC pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing, Ayumu Sasaki dan John McPhee serta pelumba MotoGP, Franco Morbidelli.

Manakala Pescao Rosar diwakili pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, Johann Zarco dan pelumba Yamaha MotoGP, Maverick Vinales.

Pada perlawanan itu, Pescao Rosar unggul membelasah SRT FC 10-2.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 10:38 PM