Pemain tenis Switzerland, Roger Federer tarik diri di Paris Masters. FOTO Reuters
Pemain tenis Switzerland, Roger Federer tarik diri di Paris Masters. FOTO Reuters
AFP

ROGER Federer menarik diri daripada Paris Masters sebagai persediaan untuk tahun depan, sementara Marin Cilic dan Jo-Wilfried Tsonga mara ke pusingan kedua.

Pemain nombor tiga dunia itu merangkul gelaran ke-10 Basel pada Ahad namun membuat keputusan untuk tidak menyertai acara final Masters musim ini di Bercy Arena.

“Saya sangat kecewa kerana terpaksa menarik diri daripada daripada Paris Masters,” kata Federer dalam satu kenyataan.

“Saya perlu memberi ruang kepada diri saya kerana saya mahu bermain selama mungkin di dalam jelajah ATP.

“Maafkan saya peminat Perancis, saya akan bertemu anda semua tahun depan di Roland Garros.”

Pengarah perlawanan, Guy Forget berkata dia kecewa dengan keputusan saat akhir dilakukan Federer.

Pemain berusia 38 tahun itu sudah memaklumkan yang dia mungkin tidak menyertai perjalanan ke ibu kota Perancis selepas menewaskan Alex de Minaur di gelanggang dalam dewan Switzerland.

“Kecergasan saya baik, saya gembira dengan apa yang saya rasa. Cuma saya tidak tahu sama ada saya patut bermain atau tidak minggu depan. Saya akan memikirkannya bersama pasukan,” katanya.

Federer juara 20 kali Grand Slam kembali ke Paris Masters tahun lalu buat kali pertama sejak tahun 2015 dan mara ke separuh akhir di mana dia tewas tiga set kepada Novak Djokovic, yang hadir sebagai pilihan utama di depan Rafael Nadal untuk saingan di ibu kota Perancis itu tahun ini.

Federer akan beraksi di Jelajah Finals ATP di London, yang dijadualkan berlangsung pada 10 November.

Sebelum dia digantikan oleh pemain veteran Itali, Andreas Seppi dalam undian utama sebagai pemain pilihan.

Dalam saingan pusingan pertama Paris Masters, Marin Cilic dari Croatia menewaskan pemain Poland, Hubert Hurkacz, 7-6 (7/5), 6-4 manakala bintang Perancis Jo-Wilfried Tsonga mengetepikan cabaran pemain Russia, Andrey Rublev 4-6, 7-5, 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 9:56 AM