DUARTE meraikan golnya pada separuh masa pertama ketika menewaskan pasukan  Osasuna 1-0. FOTO Agensi
DUARTE meraikan golnya pada separuh masa pertama ketika menewaskan pasukan Osasuna 1-0. FOTO Agensi
Reuters

GRANADA melonjak ke tangga kedua dalam aksi La Liga awal pagi ini selepas menewaskan pasukan pelawat Osasuna 1-0 hasil tandukan Domingos Duarte pada separuh masa pertama.

Duarte diberikan ruang yang terlalu luas di kawasan lawan dan melompat tinggi sebelum menanduk bola masuk pada minit ke-38.

Dalam aksi yang dilihat seimbang dangan pengusaan bola saling bertukar milik, Osasuna kurang memberikan ancaman dengan penyerang mereka Chimy Avila hanya bersendirian di depan.

Osasuna kemudiannya beraksi dengan 10 pemain apabila Fran Merida dibuang padang pada minit terakhir.

Jaringan Duarte sudah cukup untuk Granada mengumpul 17 mata, satu mata di belakang Real Madrid, yang berkunjung ke Mallorca awal pagi esok.

Barcelona, yang mengumpul 16 mata menentang Eibar manakala Atletico Madrid di tangga keempat dengan 15 mata menanti kunjungan Valencia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 8:40 AM