Stefanos Tsitsipas pada aksi separuh akhir berdepan Alexander Zverev dari Jerman pada Kejohanan Tenis Terbuka China, di Beijing. FOTO AFP.
Stefanos Tsitsipas pada aksi separuh akhir berdepan Alexander Zverev dari Jerman pada Kejohanan Tenis Terbuka China, di Beijing. FOTO AFP.
Agensi

STEFANOS Tsitsipas mara ke final kelimanya pada tahun ini selepas kemenangan straight set ke atas Alexander Zverev di Terbuka China, semalam.

Tsitsipas - pemain di ranking ketujuh dunia - menewaskan lawan dari Jerman 7-6 (8-6) 6-4 dalam aksi satu jam 51 minit.

Pemain tenis Greece itu menempah tiket ke final pada kemenangan enam mata untuk menewaskan pemain nombor enam dunia pada aksi yang berlangsung di Pusat Tenis Kebangsaan, Beijing itu.

Dia akan berdepan pilihan utama dari Austria, Dominic Thiem yang menewaskan Karen Khachanov pada penentuan yang berlangsung malam ini.

Reaksi Dominic Thiem selepas perlawanan menentang Karen Khachanov dari Russia. FOTO Reuters
Reaksi Dominic Thiem selepas perlawanan menentang Karen Khachanov dari Russia. FOTO Reuters

Thiem bangkit menewaskan lawan dari Russia 3-6 7-6 (7-5) 7-5 pada aksi awal pagi semalam.

Tahun ini, Tsitsipas melangkah ke final di Terbuka Madrid, Terbuka Millennium Estoril, Kejohanan Tenis Dubai Duty Free dan dalam acara beregu di Terbuka Miami.

Sementara, pemain tenis Britain, Jamie Murray dan gandingannya Neal Skupski gagal mara ke final acara beregu lelaki selepas tewas 4-6, 4-6 dalam masa 76 minit kepada pemain Croatia, Ivan Dodig dan Filip Polasek dari Slovakia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 11:54 AM