Klopp akui saingan UCL lebih sukar. FOTO REUTERS
Klopp akui saingan UCL lebih sukar. FOTO REUTERS
Reuters

JUERGEN Klopp merasakan Liverpool akan berdepan tugas sukar mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Ia disebabkan oleh kualiti dimiliki oleh pasukan bersaing dalam saingan itu.

Klopp membawa Liverpool mara ke final UCL dua kali berturut-turut tetapi menyatakan rekod cemerlang ketika ini tidak meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan.

“Saya tidak berdepan masalah dengannya (mara ke final) jika ia berlaku lagi tetapi saya tidak merasakan ia seperti itu buat masa ini,” kata pengendali Jerman itu kepada media Britain, hari ini.

“Kami memiliki peluang seperti orang lain tetapi ia terbuka kepada semua dan saya tidak melihat kami, pasukan Inggeris akan menguasai.

“Saya merasakan banyak pasukan akan memiliki peluang yang bagus.”

Liverpool berada dalam kalangan pasukan pilihan bersama Chelsea, Barcelona, Manchester City, Juventus, Bayern Munich, Paris St Germain dan Zenit St Petersburg berada dalam undian UCL.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 3:37 PM