KLOPP menjulang trofi Piala Eropah selepas kejayaan Liverpool di Madrid, awal pagi tadi. — FOTO EPA
KLOPP menjulang trofi Piala Eropah selepas kejayaan Liverpool di Madrid, awal pagi tadi. — FOTO EPA
AFP

JUERGEN Klopp berpesta pada malam terbesar karier pengurusannya awal pagi tadi selepas mengemudi Liverpool memenangi Liga Juara-Juara kali keenam, menamatkan rentetan enam kekalahan berturut-turut pada aksi final.

Klopp kalah dua final Liga Juara-Juara sebelum ini, menentang Bayern Munich sebagai bos Borussia Dortmund pada 2013 dan tahun lalu menentang Real Madrid, final Liga Europa 2016 dan tiga final piala domestik di Jerman dan England.

“Saya terlalu gembira buat pemain, saya terlalu gembira untuk keluarga saya, mereka menderita setiap tahun apabila kami layak ke final... mereka berhak mendapatnya berbanding orang lain,” kata Klopp kepada BT Sport.

“Ia mungkin malam terbaik sepanjang hidup saya.”

KLOPP dijulang pemain dan pegawai selepas aksi final Liga Juara-Juara. — FOTO EPA
KLOPP dijulang pemain dan pegawai selepas aksi final Liga Juara-Juara. — FOTO EPA

Liverpool meraih trofi Eropah pertama sejak 2005 selepas aksi hambar menentang kelab seangkatan dari Liga Perdana Inggeris, Spurs dan Klopp memuji keazaman anak buahnya untuk memenangi kejuaraan itu di sebalik jelas keletihan.

“Pernahkah anda melihat pasukan sebegini, berjuang dengan bahan api tiada lagi dalam tangki?” jelas Klopp.

“Ia hebat bagi pembangunan kerana kami melakukan langkah yang betul tapi orang akan berkata ‘apa guna jika anda tidak menang apa-apa’.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 7:55 AM