Lionel Messi. FOTO Agensi
Lionel Messi. FOTO Agensi
Agensi

LIONEL Messi tidak berada dalam senarai skuad Barcelona bagi perlawanan pertama dalam kempen mempertahankan kejuaraan La Liga.

Barca berkunjung ke Athletic Bilbao awal pagi esok, untuk perlawanan pembukaan musim 2019-20 tanpa khidmat kapten berpengaruh dalam pasukan itu.

Messi tidak tampil pada aksi pra musim berikutan mengalami kecederaan betis dan tidak menjalani latihan pada sesi pertama latihan pasukan Barca pada Khamis.

Menjelang perlawanan itu, bekas ketua jurulatih Athletic, Valverde membayangkan Messi mungkin tidak dapat beraksi bersama pasukan itu.

“Kami tidak akan mengambil risiko dengan pemain dan sudah tentunya bukan dengannya (Messi),” kata Valverde menerusi sidang media menjelang pertembungan di San Mames.

“Dia tidak berlatih bersama pasukan sejak kembali semula dan ia amat berbeza untuk menjalani latihan secara individu. Kita akan tunggu sementara untuk melihat bagaimana kecederaannya, setahu saya dia bertambah baik, namun kami harus tunggu dan lihat.”

Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic berada dalam senarai pasukan walaupun terdapat laporan menyatakan mereka mungkin meninggalkan Barca sebagai sebahagian daripada perjanjian bersama Paris Saint-Germain untuk membawa pulang semula Neymar.

Antoine Griezmann berada dalam senarai pasukan untuk membuat kemunculan pertama buat Barcelona selepas menyertai pasukan itu dari Atletico Madrid, disamping rakan senegara yang baru tiba Frenkie de Jong dan Junior Firpo turut berada dalam senarai, namun pemain tengah Arthur tidak bersama skuad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 6:00 PM