HAMILTON (tengah) puas bersama trofi. FOTO/AFP
HAMILTON (tengah) puas bersama trofi. FOTO/AFP
AFP

LEWIS Hamilton memanfaatkan gangguan disebabkan kereta keselamatan malam ini untuk menjulang Grand Prix Britain keenam di Silverstone.

Juara dunia lima kali itu mencatat masa sepusingan terpantas pada pusingan terakhir, untuk mendahului 25 saat di depan rakan sepasukan dan pencabar gelaran terdekat Valteri Bottas selepas bersaing sengit.

Pelumba Britian itu kini mendahului pelumba Finland sebanyak 39 mata dalam saingan kejuaraan tetapi Bottas tidak bernasib baik kerana gagal menjangka laluan kereta keselamatan yang memberikan Hamilton peluang ke hentian pit.

Charles Leclerc dari Ferrari di tempat ketiga.

Pierre Gaslydi tempat keempat di depan rakan sepasukan Red Bull Max Verstappen, yang gagal mendapat kedudukan lebih baik selepas dirempuh Sebastian Vettel dan seterusnya Carlos Sainz dari McLaren.

Ia adalah kemenangan ketujuh Hamilton dalam 10 perlumbaan tahun ini dan kemenangan ke-80 sepanjang kariernya.

Dia berkongsi rekod Grand Prix Britain dengan lima kejuaraan bersama-sama bekas pelumba Britain Jim Clark dan Alain Prost dari Perancis.

Daniel Ricciardo di tangga ketujuh bersama Renault mendahului Kimi Raikkonen dari Alfa Romeo, Daniil Kvyat dan rakan sepasukannya dari Toro Rosso Alex Albon.

“Hari yang hebat,” kata Hamilton. “Kepada semua penyokong terima kasih banyak-banyak kerana datang.”

“Saya sayangkan kamu, Silverstone. Saya hargai segal-galanya dan peluang menjadi sebahagian daripadanya.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 1:39 AM