AKSI Verstappen ketika sesi latihan bebas. FOTO AFP
AKSI Verstappen ketika sesi latihan bebas. FOTO AFP
AFP

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen mengatasi pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton pada sesi latihan bebas Grand Prix British.

Sensasi Belanda itu mencatat masa 1 minit 27.422 saat (s) menewaskan Hamilton di tempat kedua bersama jentera Mercedes yang ketinggalan 0.474s.

Manakala Lance Stroll membuktikan Racing Point mempunyai kepantasan apabila mencatat masa ketiga terpantas mengatasi satu lagi pelumba Red Bull, Alexander Albon.

Charles Leclerc pula kelima bersama jentera merah Ferrari mengatasi rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas.

Pusingan keempat perlumbaan itu berlangsung dalam keadaan cuaca sangat panas dengan permukaan litar mencecah 48 darjah celsius.

Hamilton sedang memburu kemenangan hatrik pada perlumbaan Ahad ini selepas mendominasi dua pusingan perlumbaan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 10:24 PM