PEMANDU F1 Finland Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes AMG GP menjulang trofi selepas menjuarai GP Australia. FOTO EPA
PEMANDU F1 Finland Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes AMG GP menjulang trofi selepas menjuarai GP Australia. FOTO EPA
Reuters

Valtteri Bottas memanfaatkan hentian pit terakhir untuk mengecewakan rakan sepasukan yang juga juara dunia Lewis Hamilton dan menjuarai perlumbaan pembuka tirai Grand Prix Australia buat Mercedes dengan ‘perlumbaan terbaik’ sepanjang hidupnya.

Bermula di petak kedua di belakang Hamilton, Bottas memintas pelumba Britain itu seawal perlumbaan di Albert Park dan menamatkannya dengan kemenangan keempat dengan kelebihan 20.80 saat selepas menukar tayar pada peringkat akhir perlumbaan.

Naib juara Hamilton, yang bertukar kepada tayar compound sederhana, tujuh pusingan sebelum Bottas terpaksa bergelut untuk menghalang pemenang tempat ketiga Max Verstappen dan bernasib baik pelumba Red Bull itu terbabas saat akhir ke kawasan rumput untuk kehilangan beberapa saat.

Bottas memenangi perlumbaan pertama selepas Abu Dhabi pada 2017 dan lebih bertuah meraih mata bonus untuk catatan sepusingan terpantas iaitu satu minit 25.580 saat.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Permulaannya memang bagus, jelas sekali ia perlumbaan terbaik,” kata pelumba Finland itu.

“Saya rasa seronok dan semuanya terkawal. Kereta bagus hari ini jadi saya benar-benar menikmatinya, saya perlu menikmatinya hari ini.

“Saya terlalu gembira dan tidak sabar menunggu perlumbaan berikutnya.”

Hamilton pula mengadu pada pertengahan perlumbaan di radio pasukan mengenai hentian pit awal dan bimbang tayarnya tidak mampu bertahan.

“Hujung minggu yang bagus untuk pasukan. Pemanduan Valteri menakjubkan hari ini jadi dia berhak mendapatkannya,” kata Hamilton.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 6:09 PM