HAMILTON meraikan kejayaan bersama penyokong. - FOTO Reuters
HAMILTON meraikan kejayaan bersama penyokong. - FOTO Reuters
AFP

LEWIS Hamilton berkata, sokongan padu penyokong tuan rumah menyuntiknya semangat dan tenaga bagi membantu menjuarai Grand Prix British keenamnya mengatasi rakan sepasukan daripada Mercedes, Valtteri Bottas, semalam.

Juara dunia lima kali dan pendahulu kategori pelumba itu memanfaatkan sepenuhnya kemasukan kereta keselamatan bagi meraih kejayaan ke-80 sepanjang kariernya dalam perlumbaan mendebarkan di Litar Silverstone.

"Ini adalah tempat bermulanya perlumbaan kereta dan penyokong benar-benar menyuntik semangat saya,” katanyaa.

"Tidak mungkin saya memenanginya tanpa mereka, sokongan ataupun tanpa pasukan saya.”

Hamilton berkata dia simpati dengan Bottas yang gagal memanfaatkan petak utama .

"Ini adalah perlumbaan," kata Hamilton yang kini 39 mata di hadapan pesaingnya yang tiada tuah manakala dia dihadiahkan pit stop ‘percuma’.

"Itu yang berlaku,” katanya lagi.

Hamilton yang meraikan kejayaan bersama 14,000 penyokong juga berkata dia tidak mempedulikan arahan pasukan supaya pit.

"Ia seperti ‘perlukah saya berhenti?” Ada tujuh pusingan lagi dan sudah tentu sukar mengejar pelumba lain. Jadi saya buat keputusan, itu adalah yang terbaik buat saya.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 10:55 AM