BAHOKEN (kanan) meraikan gol kedua Cameroon bersama rakan sepasukannya di Ismailia, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
BAHOKEN (kanan) meraikan gol kedua Cameroon bersama rakan sepasukannya di Ismailia, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
AFP

MASALAH bayaran bonus tidak menjejaskan Cameroon apabila Stephane Bahoken meledak selepas dua minit masuk sebagai pemain gantian untuk memastikan kemenangan 2-0 buat juara bertahan Piala Negara Afrika ke atas Guinea-Bissau, awal pagi tadi.

Sebilangan kecil penonton di bandar raya Mesir, Ismailia tidak terhibur hinggalah juara lima kali itu menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit pada pertengahan babak kedua.

Pertahanan berbadan besar Yaya Banana menanduk masuk gol pertama Cameroon pada minit ke-66 dan penyerang Bahoken merembat masuk dari jarak dekat tiga minit kemudian pada aksi pertama Kumpulan F.

Cameroon pasukan kelima daripada enam pilihan utama selepas Mesir, Nigeria, Senegal dan Maghribi memenangi perlawanan pertama mereka pada kejohanan itu manakala Tunisia secara mengejut terikat dengan Angola.

BANANA (kiri) bersaing dengan pemain Guinea-Bissau, Frederic Mendy pada Piala Negara Afrika. — FOTO Reuters
BANANA (kiri) bersaing dengan pemain Guinea-Bissau, Frederic Mendy pada Piala Negara Afrika. — FOTO Reuters

Skuad Cameroon termasuk empat pemain yang memulakan aksi final 2017 – pertahanan tengah Michael Ngadeu dan Ambroise Oyongo, pemain tengah Arnaud Djoum dan penyerang Christian Bassogog.

Georges Mandjeck, yang masuk sebagai pemain gantian ketika menang 2-1 ke atas Mesir di Gabon, turut disenaraikan jurulatih Clarence Seedorf.

Bagi Seedorf, bekas pemain Belanda kelahiran Surinam, Piala Negara Afrika memberi peluang kepadanya untuk membaiki rekod kejurulatihan selepas gagal di kelab Itali, China dan Sepanyol.

Sebelum bertemu Guinea-Bissau, Seedorf mengendalikan sembilan perlawanan Cameroon, menang tiga kali, seri tiga dan kalah tiga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 7:29 AM