Twitter/Esme Jo

PENYOKONG Mesir mendapat pujian Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) apabila membersihkan stadium selepas pasukan negara itu menewaskan Zimbabwe 1-0 pada aksi pembukaan Piala Negara Afrika di Stadium Antarabangsa Kaherah.

Berpuluh-puluh penyokong pasukan itu berganding bahu bekerjasama mengutip botol minuman serta sampah-sarap selepas perlawanan itu berakhir.

Mesir menang menerusi jaringan Mahmoud Hassan pada m-41, Sabtu lalu.

Perlawanan itu disaksikan seramai 70,000 penyokong yang memenuhi arena.

Ada dalam kalangan mereka mula beratur 12 jam sebelum sepak mula perlawanan tetapi kerja sukarela mereka memastikan persekitaran stadium sentiasa bersih.

Perkara sama turut dilakukan oleh penyokong Senegal.

Sebelum ini, penyokong Jepun membersihkan stadium pada Piala Dunia 2018 di Russia.

Sikap dipamer mereka mengutip sampah dan membersihkan tempat duduk penonton sewajarnya dipuji bagi memastikan keselesaan serta tahap kebersihan stadium sentiasa terjaga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 4:54 PM
Penyokong Mesir membersihkan stadium selepas perlawanan. FOTO Twitter
Penyokong Mesir membersihkan stadium selepas perlawanan. FOTO Twitter