Jentera taruhan Ferrari. FOTO AFP
Jentera taruhan Ferrari. FOTO AFP
Agensi

FERRARI berkata mereka membayangkan akan berdepan laluan berliku berbanding Mercedes pada Grand Prix (GP) Perancis, hujung minggu ini.

Sebastian Vettel menang pada perlumbaan terakhir minggu lalu di litar Kanada sebelum dirampas kemenangannya selepas dikenakan penalti berikutan memandu secara bahaya.

Boss pasukan Ferrari, Mattia Binotto berkata, litar di Perancis mungkin tidak sesuai dengan kereta mereka.

“Paul Ricard adalah litar yang agak sukar bagi kami tahun lalu dan kami tahu litar sebegini bukan menjadi pilihan utama kami," kata Binotto.

Vettel (kanan) berbicara dengan Hamilton selepas sesi latihan di GP Kanada, minggu lalu. FOTO AFP
Vettel (kanan) berbicara dengan Hamilton selepas sesi latihan di GP Kanada, minggu lalu. FOTO AFP

Bagaimanapun, boss F1 Mercedes, Toto Wolff berkata, kelebihan kelajuan jentera Ferrari boleh endatangkan hasil buat pasukan Itali itu.

“Kami jangkakan satu lagi cabaran sengit di Perancis," kata Wolff.

“Litar berkenaan hampir sama dengan Montreal dan laluan lurus yang panjang akan memberikan cabaran besar kepada kami.

“Begitupun, berbanding Kanada, selekoh di beberapa pusingan memerlukan tahap kawalan serta kemahiran tinggi, yang mungkin mampu memberi kelebihan. Kami perlu strategi betul.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mendominasi perlumbaan di Perancis tahun lalu, selepas Vettel bertembung dengan Valtteri Bottas di pusingan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 9:18 AM