HAMILTON beraksi pada sesi latihan bebas di litar Interlagos, awal pagi tadi. — FOTO AFP
HAMILTON beraksi pada sesi latihan bebas di litar Interlagos, awal pagi tadi. — FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton mengakui selepas dua minggu merangkul kejuaraan pemandu dunia kali keenam dia tidak pasti sama ada boleh mencabar pada Grand Prix Brazil di Sao Paulo awal pagi Isnin ini yang mana dia menang dari petak utama tahun lalu.

Pemandu Britain berusia 34 tahun itu, yang mendedahkan minggu ini dia menimbang masa depannya dalam Formula Satu selepas kontrak semasanya bersama Mercedes tamat tahun depan, berakhir di tangga kelima selepas sesi latihan kedua awal pagi tadi.

Hamilton ketinggalan di belakang juara empat kali Sebastian Vettel dan rakan sepasukan dari Ferrari, Charles Leclerc, pemandu Red Bull, Max Verstappen malah rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas.

Dia berkata, dia tidak pasti sama ada boleh mengurangkan kelebihan Ferrari pada sesi kelayakan lewat malam ini.

HAMILTON tidak pasti boleh bersaing pada GP Brazil. — FOTO AFP
HAMILTON tidak pasti boleh bersaing pada GP Brazil. — FOTO AFP

“Ia bermula dengan amat bagus, kami bagus dari barisan belakang,” katanya.

“Kami melakukan beberapa penyesuaian ketika sesi dan kami akan membuat beberapa perubahan malam ini untuk menggilapnya.

“Ia agak penting kerana kami hanya ada dua sesi menjelang kelayakan untuk membetulkannya.

“Saya tidak tahu sama ada kami boleh mengejar Ferrari... Jelas sekali, Ferrari amat pantas hujung minggu ini. Secara umumnya mereka mengalahkan kami di garisan lurus jadi menarik untuk melihat apa yang boleh berlaku pada perlumbaan sebenar.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 2:28 PM