LOOKMAN (kiri) pernah beraksi bersama England di peringkat remaja. FOTO AFP
LOOKMAN (kiri) pernah beraksi bersama England di peringkat remaja. FOTO AFP
AFP

Abuja: Nigeria menyenaraikan penyerang Leicester City, Ademola Lookman dalam skuad awal untuk saingan playoff Piala Dunia 2022 menentang seteru benua, Ghana bulan ini.

Nigeria akan berdepan Ghana di Stadium Cape Coast Sports pada 25 Mac, manakala aksi timba balik akan berlangsung di Abuja empat hari kemudian.

Pemenang aksi ini akan mendapat salah satu daripada tiket dari benua Afrika untuk ke Piala Dunia Qatar yang berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember.

Lookman mendapat lampu hijau dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) untuk beraksi dengan Nigeria walaupun dia pernah mewakili Englan dalam beberapa aksi peringkat umur.

Dia adalah salah seorang daripada pemain yang kali pertama beraksi bersama Nigeria bersama Calvin Bassey (Rangers) dan Akinkunmi Amoo (FC Copenhagen).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2022 @ 9:32 PM