ERIKSEN meledak rembatan kemenangan di StadiumTottenham Hotspur. - FOTO Reuters
ERIKSEN meledak rembatan kemenangan di StadiumTottenham Hotspur. - FOTO Reuters
Reuters

JARINGAN Christian Eriksen minit ke-88 memastikan kemenangan berharga 1-0 ke atas Brighton and Hove Albion awal pagi tadi dalam misi menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Brighton yang bergelut dalam zon penyingkiran kental bertahan sepanjang perlawanan dan tampak hampir membawa pulang satu mata sehinggalah pemain Denmark itu meledak rembatan kencang dari luar kotak penalti melepasi jangkauan penjaga gol lawan, Mat Ryan.

Skuad Chris Hughton berkampung di kawasan sendiri hampir keseluruhan perlawanan sehingga meresahkan penyokong tuan rumah dan rembatan Toby Alderweireld 20 minit sebelum tamat perlawanan menggamatkan stadium apabila terkena tiang sebelum meleret melintasi garisan gol.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino memasukkan penyerang Belanda, Vincent Janssen pada minit ke-80 untuk menambah sengat di bahagian serangan tetapi selepas 29 percubaan dilakukan Spurs dengan 21 daripadanya di luar kotak penalti, Erikssen akhirnya menamatkan kebuntuan jaringan.

Kemenangan itu yang keempat daripada empat perlawanan dalam semua kejohanan di stadium baharu Tottenham dan paling penting melonjak mereka tiga mata di hadapan Chelsea di tempat keempat dengan baki tiga perlawanan, empat mata mengatasi Arsenal yang beraksi kurang satu perlawanan dan meninggalkan Manchester United dengan enam mata.

"Saya memanaskan badan beberapa kali sebelum jaringan itu. Ia tepat dan saya nampak bola bagaikan terbang sebelum masuk,” kata Eriksen told Sky Sports.

"Kami sangat lega, perlawanan yang sukar, banyak peluang. Mereka gagah bertahan dan sukar mara lebih jauh dengan 10 atau 11 pemain lawan dalam kotak penalti.

"Selepas melihat keputusan perlawanan lain, kami tahu apa perlu dilakukan. Untuk terus kekal, kami perlu menang, tiada pilihan lain.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 6:55 AM